Tuesday, December 16, 2008

just a joke...

Antara CIA, FBI & PDRM

CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buat laa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer keseluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan,mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk,mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya,termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK, oK... aku arnab...aku arnab!!

**hahahaha

Saturday, December 13, 2008

Gantian cuti rehat 150 hari

Bermula tahun depan, kakitangan awam boleh mengumpulkan cuti Gantian Cuti Rehat (GCR) atau ‘golden handshake’ sehingga 150 hari, pertambahan sebanyak 30 hari berbanding 120 hari sekarang.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pekeliling mengenai perkara itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

* Pada masa ini, kakitangan awam menikmati Gantian Cuti Rehat sebanyak 120 hari.

* Satu keputusan yang baik walaupun dalam masa yang sama kerajaan menetapkan mulai Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru akan dikurangkan lima hari

* GCR merupakan cuti tahunan yang dikumpulkan bagi digantikan dengan wang apabila seseorang kakitangan awam itu bersara.

* Ketika ini, kakitangan awam boleh mengumpulkan maksimum 15 hari cuti tahunan mereka dalam setahun untuk dimasukkan dalam skim itu.

* Katanya, ia bagi meningkatkan produktiviti sektor awam, sejajar dengan peranan sektor itu sebagai nadi utama pembangunan negara.

* MTUC anggap tidak rasional dan tidak sepatutnya dilaksanakan.

* Keputusan berkenaan yang dilihat lebih merugikan kakitangan awam.

* Kebajikan yang sedia ada untuk kakitangan awam sepatutnya tidak boleh dikurangkan.

Kerajaan seharusnya bertindak mempertingkatkan kebajikan pihak berkenaan dan bukannya mengurangkan cuti tahunan mereka.

**semalam punye berita nk kurangkn cuti tahunan kakitangan awam 5 hari....hurmm...pening dengan kerenah orang atasan nie.