Saturday, December 13, 2008

Gantian cuti rehat 150 hari

Bermula tahun depan, kakitangan awam boleh mengumpulkan cuti Gantian Cuti Rehat (GCR) atau ‘golden handshake’ sehingga 150 hari, pertambahan sebanyak 30 hari berbanding 120 hari sekarang.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pekeliling mengenai perkara itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

* Pada masa ini, kakitangan awam menikmati Gantian Cuti Rehat sebanyak 120 hari.

* Satu keputusan yang baik walaupun dalam masa yang sama kerajaan menetapkan mulai Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru akan dikurangkan lima hari

* GCR merupakan cuti tahunan yang dikumpulkan bagi digantikan dengan wang apabila seseorang kakitangan awam itu bersara.

* Ketika ini, kakitangan awam boleh mengumpulkan maksimum 15 hari cuti tahunan mereka dalam setahun untuk dimasukkan dalam skim itu.

* Katanya, ia bagi meningkatkan produktiviti sektor awam, sejajar dengan peranan sektor itu sebagai nadi utama pembangunan negara.

* MTUC anggap tidak rasional dan tidak sepatutnya dilaksanakan.

* Keputusan berkenaan yang dilihat lebih merugikan kakitangan awam.

* Kebajikan yang sedia ada untuk kakitangan awam sepatutnya tidak boleh dikurangkan.

Kerajaan seharusnya bertindak mempertingkatkan kebajikan pihak berkenaan dan bukannya mengurangkan cuti tahunan mereka.

**semalam punye berita nk kurangkn cuti tahunan kakitangan awam 5 hari....hurmm...pening dengan kerenah orang atasan nie.

No comments: